Sunday, December 23, 2012

Promosi khas RBC sempena cuti


BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis - Royal Brunei Catering sekali lagi menawarkan promosi khas hari cuti di Poolside Cafe, Kelab Rekrasi Diraja Brunei (RBRC) di Berakas pada 25 dan 31 Disember 2012 ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh RBC hari ini, orang ramai yang ingin menikmati hari cuti mereka bersama keluarga dan kawan-kawan, Poolside Cafe merupakan tempat yang sesuai untuk menikmati hidangan istimewa mereka dengan lebih bersantai.
Promosi yang ditawarkan di sana adalah Bufet Trunch yang berharga $15 bagi pelanggan dewasa dan $10 bagi kanak-kanak di mana hidangan akan boleh dinikmati bermula dari pukul 2 petang hingga enam petang pada 25 Disember 2012.
Sementara bufet makan malam pula berharga $25 bagi pelanggan dewasa dan $15 bagi kanak-kanak di mana bufet makan malam akan bermula pada pukul 7 malam hingga 10.30 malam pada 31 Disember 2012.
Bukan saja itu, berita gembira bagi pemegang kad RBC Dining Privilege di mana mereka akan menikmati potongan sebanyak 10 peratus apabila menyertai dalam promosi ini.
Untuk tempahan, boleh menghubungi talian 2334189 dan 2334197 atau pun menghubungi talian salah satu talian hotline RBC iaitu 8714840/8679350/8714150/8714151/8978915/8162976.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang di www.rbccatering.com atau Facbook.com/royalbruneicatering ataupun instagram, royalbruneicatering untuk promosi terkini.
Sementara itu, The Airport Restoran & Coffee Shop mengalu-alukan pelanggan dan orang ramai untuk menyambut hari akhir tahun di Airport Restoran pada 24 Disember, 25 Disember, 31 Disember 2012 dan 1 Januari 2013 ini.
Dalam promosi tersebut, Airport Restoran & Coffee Shop akan menampilkan cef yang berkemahiran dalam hidangan cukup terkenal antaranya seperti kambing panggang, ayam panggang bersama sos kranberi, Yule Log, dan banyak lagi.
Bagi pemenang kad RBC privilege bukan saja berpeluang menikmati hidangan dalam promosi ini malah mereka juga akan berpeluang menikmati potongan istimewa.
Bufet makan malam pada 24 dan 31 Disember 2012 berharga $29.90 bagi pelanggan dewasa dan $17 bagi kanak-kanak tapi dengan kad DPC, pelanggan dewasa akan menikmati bufet mereka dengan harga $26.91 sementara kanak-kanak $13.50.
Manakala untuk bufet sarapan tengah hari pada 25 Disember 2012 dan 1 Januari 2013 pula berharga $25 bagi pelanggan dewasa dan $15 bagi kanak-kanak tapi yang menariknya bagi pemenang kad privilage RBC, $22.50 akan dikenakan kepada pelanggan dewasa dan $13.50 bagi kanak-kanak.
Untuk tempahan bagi pelanggan yang ingin menikmati promosi ini boleh menghubungi talian 2331853 atau 2339207.

No comments:

Post a Comment