Sunday, December 23, 2012

Penamatan Rali kereta ASEAN-India

Baginda Sultan berkenaan tampil ke hadapan untuk mengibarkan bendara dalm Upacara Rasmi Penamatan Rali Kereta ASEAN-India di Vigyan Bhawan, New Delhi.
Baginda Sultan mengibarkan bendera bersama-sama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta Perdana Menteri India, Tuan Yang Terutama Manmohan Singh.
NEW DELHI, 21 Dis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Upacara Rasmi Penamatan Rali Kereta ASEAN-India di Vigyan Bhawan, New Delhi.

Rali kereta sejauh 8,000 kilometer bermula dari kota bersejarah Yogyakarta, Indonesia pada 26 November 2012 lepas, bertujuan bagi mempamerkan hubungan ketamadunan yang akrab antara negara-negara ASEAN dan India.
Keberangkatan tiba Baginda di VVIP Lounge, dialu-alukan oleh Perdana Menteri India Manmohan Singh dan isteri.
Sejurus selepas semua ketua negara dan kerajaan ASEAN hadir, Baginda Sultan dijunjung ke South Plaza, Vigyan Bhawan berserta dengan Ketua-Ketua Negara dan ASEAN yang lainnya untuk mengambil tempat duduk yang disediakan dan kemudian disembahkan Bendera Rali Kereta untuk dikibarkan semasa upacara itu.
Apabila upacara Penamatan Rali Kereta bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergerak maju ke hadapan dan mengibarkan bendera bersama-sama dengan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN yang lain serta Perdana Menteri Manmohan Singh.
Upacara itu juga menyaksikan ucapan-ucapan daripada Tuan Yang Terutama Manmohan Singh, Perdana Menteri Kemboja Samdech Hun Sen selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 dan ucapan President of Confederation of Indian Industry Adi Burjorji Godrej.
Rali Kereta ASEAN-India telah bermula di kota bersejarah Yogyakarta, Indonesia pada 26 November 2012 lepas. Perjalanan sejauh 8,000 kilometer yang merentasi sembilan buah negara telah disertai oleh seramai 124 peserta dari sebelas buah negara-negara ASEAN dan India. Perjalanan yang mengambil masa 22 hari telah sampai ke kemuncaknya di Guhawati, India pada 17 Disember lepas.
Rali Kereta bertujuan bagi mempamerkan hubungan ketamadunan yang akrab dengan negara-negara ASEAN, mencipta kesedaran awam, mendukung perhubungan, meningkatkan perdagangan, pelaburan, pelancongan dan hubungan sesama masyarakat di antara rantau ASEAN dan India.
Mengiringi Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

No comments:

Post a Comment