Awang Mohd Moksin Mah semasa melafazkan ikrar dua kalimah syahadah hari ini |
Mohd Irfan Mah dan Auni Nabillah Mah. |
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Disember - Sebuah keluarga Cina terdiri daripada lima orang hari ini melafazkan ikrar dua kalimah syahadah pada majlis pengIslaman Awang Mohd Moksin Mah Abdullah yang sebelum ini dikenali dengan nama Mah Chee Sing bersama keluarganya.
Isterinya sebelum ini dikenali dengan nama Voon Yin Chew berusia 34 tahun kini dikenali dengan nama Dayang Nuralaina Voon Abdullah sementara anak mereka yang sulung, Awang Mohd Faris Mah Mohd Moksin (13), Awang Mohd Irfan Mah Mohd Moksin (11) dan Dayang Auni Nabillah Mohd Moksin (5).
Majlis berlangsung di rumah kediaman Awang Mohammad Jaafar di STKRJ Kampung Sungai Buloh dihadiri Pemangku Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah Dayang Hajah Fatimah binti Haji Ahmad.
Ketika ditemui bapa kepada tiga anak ini, memberitahu beliau kini bekerja dalam bidang pembinaan rumah dan membuat kerja mengurut sebagai kerja sambilan dan ketika ditanya mengenai perasaannya, beliau tidak berasa gementar malah berasa gembira memeluk ugama Islam.
No comments:
Post a Comment